Friday, October 3, 2014

3 Oktober 2014.

Masih bermalasan di rumah. Yang lain dah sibuk training, pergi interview. Tapi aku masih relax di rumah. Tak apa. Masa panjang, satu-satu kejar. Lagipun, telefon bimbit masih di hospital, mengharap hospital yang kali ini adalah hospital yang terakhhir dan ada jalan penyelesaian. Hah, mudah-mudahan.

Belum kerja, tapi aku dah berangan macam-macam. Aktiviti yang aku nak buat bila dapat duit gaji. Insya Allah. Hehe. Marilah sama-sama berangan dengan aku. Kejap pun jadi.

Archery, go kart, mount climbing, food hunting, picnic/camping dan macam-macam. Ada beberapa kawan dalam kepala ni yang timbul bila nak ajak buat aktiviti macam ni. Kawan sekepala, yang tak pernah pegang telefon masing-masing bila duduk menghadap dan berbual. Cuma kau, aku, dia dan dia. 3 rakan ni yang sebenarnya dalam diam serasi dengan aku. 

Cuma aku mohon dan berdoa, supaya telefon aku kembali pulih macam sedia-kala. Dah 2 bulan lebih hidup hilang hubungan dengan dunia luar (over, tapi betul). Dan boleh cari kerja dengan aman. Insya Alla.

TAK SABAR!!