Saturday, September 3, 2011

Assalamualaikum.

Seronok raya? Aku nak cerita pasal raya, rasa sedih hati. Orang lain raya, semua family turun. Rumah mungkin riuh-rendah suara saudara-mara. Aku? Jangan cerita. Nanti aku sedih sendiri.

Duit raya jangan cakap. Tak mungkin cukup duduk dekat kolej nanti. Aku tak berkira pasal duit. Apa yang aku cuba maksudkan ialah berapa kerat je yang datang. Itu maksud utama aku. Tiada yang lain.

Baju raya pun aku tak sentuh sangat. Duduk kampung je. Malas nak keluar beraya sakan macam tahun-tahun lepas. Cuma satu rumah je yang aku pergi. Sedih. Malas. Pedih.

Hari ni dah Sabtu. Esok Ahad. Baru aku perasan assignment belum sentuh lagi. Apa yang aku buat selama ni pun aku tak tau. Habiskan sisa-sisa terakhir dekat kampung dengan pergi balik tempat-tempat yang aku selalu pergi dengan cousin-cousin. Imbau balik kenangan dulu. Rindu.

Aku bukak Facebook, semua ada gambar raya. Masing-masing bergaya dengan baju raya baru. Bergambar penuh segak dengan keluarga mereka. Family potrait. Family potrait aku yang terakhir masa aku sekolah menengah dulu. Tahun bila aku tak ingat. Family potrait, bila mana semua keluarga ada. Semua gembira.

Mungkin aku nampak gembira. Mungkin aku nampak ceria. Tapi dalam hati, hanya Allah yang tau apa yang aku rasa. Untuk hilangkan sedih, aku banyak luangkan masa dengan mak. Walaupun aku banyak lawan cakap mak, tapi aku rasa tenang dengan dia. Cara lain, aku akan text kawan-kawan aku. Cara yang paling cepat aku nak hilangkan rasa sedih. Text kawan-kawan.

Esok balik Pilah. Tak nak. Aku nak duduk dekat rumah, dengan mak. Entah kenapa, aku rasa tak puas duduk dengan mak.

Aku tak nak balik.