Tuesday, September 6, 2011

Sudah 2 hari aku kembali ke Kuala Pilah. Sudah 2 hari jugalah aku rindukan rumah. Rindukan emak. Tiada yang berubahnya di Pilah ni. Semuanya sama, melainkan tiada lagi bazaar pada petang harinya.

Kepulangan di sini kali ini, aku terasa diri ini lain, seperti aku hilang jejak dan punca seperti selalu. Aku mungkin nampak biasa, tapi hati aku tetap kuat mengatakan diri dalam diri ini berlainan sekali.

Aku teringat saat-saat terakhir aku luangkan bersama emak. Saat terakhir apabila aku menyalami tangan itu. Aku hampir kalah dan hampir menitiskan air mata di depannya, sebab aku tau aku banyak membuat salah dan berkelakuan khilaf padanya. Di dalam kereta aku lebih banyak mendiamkan diri. Lebih senang mendengar perbualan kakak dan ayah.

Lagi beberapa hari menjelang peperiksaan besar, aku masih leka dengan permainan duniawi. Aku masih tekun membazir masa di hadapan skrin ini. Masih lagi berfoya-foya, tak ingat Illahi.

Macam mana caranya untuk aku kembali seperti dulu. Aku nak buat emak dan ayah bangga padaku. Aku ingin ulangi pencapaian dulu.