Sunday, August 28, 2011

Sejak aku transfer lagu "Justin Bieber's That Should Be Me" ni, agu tu asyik keluar dalam playlist aku je. Even dah set jadi shuffle mode, still akan keluar dalam top 10 -..-

Mula-mula annoying jugak asyik dengar. Tapi lama-lama, bila aku dengar betul2 lyrics, lagu tu agak touching jugak. Yeah, aku noob. Orang ramai dah muak lantak dengar, aku baru nak layan. Pffttt!

Nak kata sedih sebab pasal boyfriend, aku takde boyfriend pun. Tak perlulah kan. Tapi bila aku relate lagu ni dengan friendship, aku rasa sedih pulak tiba-tiba. Aku dan kawan-kawan, ada ups and downs moments jugak.

"It's funny how you use that time to have me replace" Satu baris lyric ni tiba-tiba buat aku takut. Takut kalau-kalau ada yang aku tuturkan selama ni buatkan orang sekeliling marah atau tak suka, lama-lama boleh jadi musuh pulak kan. Nauzubillah. Mintak dijauhkan sangat-sangat. Harap-harap, tiada apa-apa masalah antara kami semua. Amin.

Dah dengar version dengan Rascal Flatts pulak? Aku lebih suka version tu. Rascal Flatts, the only Country Band yang aku salute now and always.

Anyways, selamat berbuka puasa dan menjamu selera. Lagi sehari je lagi nak raya. Manfaatkan hari terakhir puasa ni dengan sebaik-baiknya. Insya Allah.

Assalamualaikum.