Saturday, August 27, 2011

Salam.

Selang beberapa hari je lagi nak raya kan? Persiapan aku untuk raya, Alhamdulillah. Semuanya dah settle. Dari baju raya, tudung raya ke semua raya dah lengkap. Tapi, entah kenapa, aku tak rasa macam aku nanti-nantikan raya kali ini.

Entahlah. Nak kata tak best tu, tak jugak. Aku suka balik kampung. Indeed, aku rasa tenang dekat sana. Tapi, macam mana ehh. Hmm, aku rasa rindu suasana sambutan raya masa aku kecik-kecik dulu. Zaman semua orang still budak-budak, tak kenal apa itu sibuk bekerja dan bekeluarga.

Aku rindukan suasana di mana bila satu-persatu saudara-mara yang balik, akan di sambut dengan meriahnya. Aku ingat lagi, bila kami sekeluarga balik, ada saudara-saudara yang akan berteriak, "Mak Andak dengan family dah sampai! Mak! Cepat!" Rindu, sangat-sangat rindu.

Aku masih ingat bila mana semua kaum Hawa keluargaku akan berkumpul di dapur sibuk membuat kuih raya, menganyam ketupat, dan menyediakan bermacam jenis juadah untuk raya nanti. Bila mana semua orang sibuk, aku dan saudara yang paling aku rapat akan keluar senyap-senyap ke rumah pak cik yang jual mercun belakang hujung rumah nenek. Penat berjalan memang tak dapat aku sangkal, tapi yang penting seronok.

Aku rindu bila mak dan makcik-makcik yang lain suruh aku dan beberapa orang saudara lagi mengagihkan makanan kepada jiran tetangga yang terdekat. Kadang-kadang, penat jugak. Tapi best. Dapat cuci mata. Kadanag-kadang balik terlambat sikit sebab sibuk main kucing rumah Nenek Gayah dulu. Tapi, Nenek Gayah dah meninggal dah. Al-Fatihah.

Aku rindu sangat bila pagi raya, masing-masing akan beratur panjang untuk mandi pagi. Lepas tu, rumah nenek confirm riuh masa semua tengah siap-siap nak pergi masjid untuk sembahyang raya. Balik dari masjid, semua akan bersalaman dan lagi sekali berbaris panjang untuk mintak duit raya pulak.

Aku masih ingat lagi keadaan hari raya di mana semua akan makan di tingkat atas sambil tengok TV. Takpun, borak-borak dekat tangga depan rumah tu. Malam pulak, jangan cakaplah. Bunyi berdentum-dentam main mercun. Adik-adik boleh main bunga api dengan mercun mancis je. Abang-abang dengan kakak-kakak boleh upgrade sikit, main mercun bola dan seangkatan dengannya.

Ya Allah, betapa aku rindukan semua kenangan-kenangan terindah ni. Sejak arwah nenek dengan atuk takde ni, masing-masing macam susah nak balik dah. Sibuk bekerja mungkin. Atau mungkin juga sibuk dengan keluarga masing-masing. Aku faham. Cuma kalau diputarkan balik masa dan waktu, aku ingin sekali merasai semua kenangan ni. Rindu sangat.

Pernah aku terfikir nak beraya di rumah je. Duduk rumah, buat hal sendiri, buat assignment, buat apa yang patut. Tapi aku terfikirkan perasaan mak. Kalau anak-anak dia tak ikut balik, mak nak beraya dengan siapa lagi. Demi mak, aku gagahkan juga balik ke kampung tu.

Kalaulah nenek dengan atuk masih ada...