Tuesday, March 22, 2016

Assalamualaikum.

Hai, selamat pagi. Sihat? Hehehe. Pagi ni sebelum aku keluar rumah untuk ride basikal sambil hantar flyers, aku ingat nak tulis sikit lah dekat blog ni. Saja, untuk update.

Okay, sebenarnya dah hampir 4 bulan aku berhenti kerja dekat office lama. Atas sebab-sebab tertentu yang aku rasa memang aku tak boleh nak cope dekat situ. Nantilah ye, benda tu cerita hari lain. So sekarang ni aku buat kelas tusyen.

Aku datang ke rumah student untuk ajar subjek yang parents diorang request aku untuk pantau anak-anak mereka. Eceh.



Sebenarnya kan, aku minat kerja ni. Minat sangat. Rasa enjoy and happy. Pergi kerja, jumpa adik-adik ni manis je muka masing-masing. Suara pun comel je lagi. Waktu kelas pun fleksibel. Parents boleh pilih nak aku datang waktu dan hari apa. Duit upah pun alhamdulillah okay jugaklah. Cuma yang susah sekarang ni, nak cari market baru. Kawasan perumahan yang aku duduk ni ramai cikgu-cikgu, jadi aku tak rasa parents nak upah tutor untuk datang rumah mengajar. Kerja aku dah best, seronok. Tapi skop untuk client atau market baru agak susah jugak nak iklan kan. Medium atau platform tak ada.

Jadi, di kesempatan ini, aku nak iklan sikit lah pasal home tuition yang aku buat ni. Kalau ada puan-puan dan encik-encik yang berminat, bolehlah hubungi saya terus ye. Saya sedia memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda. 



"Anda perlukan tutor untuk membantu anak-anak anda dalam pelajaran mereka? Anda bimbangkan anak-anak anda belajar bersendirian di rumah tanpa pengawasan dan tenaga pengajar?"

'PRIVATE HOME TUISYEN' sedia memberikan bimbingan dan tunjuk ajar secara ‘one-to-one attention' untuk anak-anak anda di rumah anda.

Subjek-subjek yang ditawarkan;
1) Matematik (Darjah 1, 2, 3 & 4)
2) English (Darjah 1, 2, 3 & 4)
3) Science (Darjah 1, 2, 3 & 4)
***Sebarang penambahan subjek atau pertanyaan lanjut boleh terus hubungi kami.

Keistimewaan yang ditawarkan;
1) Masa yang fleksibel (Pemilihan waktu dan hari kelas 100% atas permintaan ibu bapa).
2) Jimat masa dan kos pengangkutan (Tutor yang akan datang ke rumah anda untuk mengajar).
3) Keselamatan anak-anak anda lebih terjaga (Kelas diadakan di rumah anda sendiri dan anda boleh memantau kelas). 
4) One-to-one attention.
5) Tutor menjadi guru peribadi anak-anak anda.
6) Tutor sangat peramah, dan mudah didekati. Tutor menggunakan pendekatan yang paling mudah untuk mengajar anak-anak anda sehingga mereka faham.
7) Segala material dan buku latihan akan disediakan oleh tutor.

PRIVATE HOME TUISYEN menawarkan khidmat tutor di sekitar Lembah Klang (Klang, Meru, Setia Alam, Puncak Alam, Shah Alam, Subang Jaya).
***Sebarang permintaan yang berada di luar kawasan boleh terus hubungi kami.


-Yuran kelas hanyalah RM60 - RM80 setiap kelas (Harga yuran berbeza mengikut kawasan rumah anda).
-Kelas akan diadakan DI RUMAH ANDA SENDIRI. Anda tidak perlu untuk menghantar anak-anak, tutor yang akan bergerak ke rumah anda untuk mengajar.
-Kelas diadakan sekali setiap minggu. Setiap kelas berlangsung selama 2 jam.
-Material tambahan dan buku latihan akan disediakan sendiri oleh tutor (Sudah termasuk dalam yuran tuisyen).

Hubungi kami;
013-2848739 (Call / Whatsapp)

TEMPAT ADALAH TERHAD. FIRST COME FIRST SERVED. HUBUNGI KAMI SEGERA. KAMI SEDIA MEMBERIKAN KHIDMAT YANG TERBAIK UNTUK ANDA DAN ANAK-ANAK ANDA.