Assalamualaikum.
Hai, ada satu berita baik yang aku nak share ni. Alhamdulillah, aku dah dapat kerja. Hampir setahun cari kerja, akhirnya dapat juga. Aku lapor diri Isnin ni. Yep, interview Khamis, dan dipanggil masuk kerja Isnin. Terkejut jugak rasa macam cepat sangat. Tapi apapun, aku tetap bersyukur.
Sebenarnya bukan tu tujuan utama aku nak tulis pasal post ni. Bila fikir balik, dah nak start kerja dah, aku rasa macam takut sangat. Takutkan masa depan. Takut nak hadapi hidup baru. Takut suasana baru. Takut semuanya.
Aku perasan satu benda dalam diri aku. Aku sebenarnya takut untuk cuba benda baru. Ye, dari kecil sampailah dah besar ni, aku takut sangat nak masuk dalam dunia baru. Kecik-kecik dulu takut nak pergi sekolah. Sampai kena tarik masuk kelas. Dah masuk universiti pun, aku takut jugak bila pertama kali masuk pintu gate dekat Kolej Alamanda tu dulu. Aku ingat lagi sampai ke lewat petang baru mak ayah boleh balik, semata-mata nak temankan aku yang tak nak masuk bilik hostel lagi.
Sekarang dah habis belajar, benda yang sama jugak aku rasa sekarang ni. Hari ni dah Sabtu, esok Ahad dan lepas tu dah kena masuk kerja. Perasanaan cuak ni Allah saja yang tau. Betul aku rasa macam first time nak masuk universiti ni.
Tapi bila difikarkan balik, aku teringat pengorbanan mak ayah aku. Dah setahun aku melepak je dekat rumah. Makan pakai mak ayah masih tanggung. Sekarang ni lah masanya aku boleh balas budi mak ayah. Bila fikiran aku berfikir dengan waras macam ni, ada timbul sikit rasa keberanian walaupun taklah banyak sebenarnya.
Niat dan fokus aku sekarang ni cuma nak kerja kuat kumpul duit supaya aku boleh beri kesenangan dekat mak ayah. Tak lupa juga supaya aku ada aset untuk masa depan aku.
Kalau ikutkan aku ni dah kena start buat perkiraan kos hidup ni. Ye, betul. Tapi biarlah aku tempuh dulu first day masuk kerja Isnin ni. Bila dah dapat rentak then boleh cepat buat list.
Insya Allah. Aku harap kawan-kawan bantu doakan aku supaya kuat untuk tempuh hidup baru. Supaya kuat aku pada masa mendatang.