Thursday, September 19, 2013

Kalau Boleh Aku Undur Masa.



Assalamualaikum.

Masa kalau boleh di undur kembali
Terlalu banyak yang aku ingin perbaiki
Banyak perkara disesalkan hati
Jika dibincang, merana hati.

Tapi
Satu perkara yang pasti
Kepada ibu bapa ku ingin perhitungkan kembali
Membuat mereka berbangga hati
Punyai anak seperti diri ini.

Bila disebut tentang ibu bapa
Satu perkara sentiasa bermain di minda
Membuat mereka gembira sentiasa
Tak kira pelajaran, akhlak mahupun bekalan di sana
Melihat mereka tersenyum gembira
Terasa senang hati di dada.

Aku akui
Banyak khilaf diri ini
Banyak terkasar peribadi
Kepada orang tua yang sangat aku kasihi
Meskipun bukan itu niat di hati.

Kepada emak dan ayah
Percayalah, hati ini sentiasa gundah
Melihat mereka tetap tabah
Menempuh cabaran dengan gagah
Demi untuk membesarkan anak-anak yang banyak kerenah.

Aku tahu masa tidak dapat diputar kembali
Oleh itu, aku berpegang di dalam hati
Berjanji pada diri ini
Juga pada orang tua yang sangat aku hormati
Akan ku perbaiki diri ini
Demi untuk melihat senyuman terukir setiap hati
Pada bibir yang sering mendoakan diri ini.

Terima kasih emak dan ayah kerana melahirkan diri ini
Menjaga dan membesarkan diri ini
Percayalah, kasih ini tak akan luput dimakan hari.


Sayang,
Afie