Thursday, September 26, 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan ucap selawat, ku mula kata
Luahan seribu rasa, buat insan seluruh dunia
Yang masih leka dan lena.

Syria, Mesir, Palestin, Afghanistan, Iraq
Negara yang pernah gah di mata dunia
Di mana hilangnya semua?

Aku bangun tiap hari tertanya-tanya
Di manakah silapnya
Di manakah perginya kemegahan dahulu kala
Di mana sepinya kegemilangan agama.

Bila diutara  soal bangsa Islam terutamanya
Tak malukah kita?
Tak sedihkah kita?
Bangsa yang dahulunya hebat seantero dunia
Kini lemah-longlai di pijak-pijak bangsa murka.

Aku sedih melihat bangsa agamaku sendiri
Dicaci dan dimaki
Seolah-olah tiada harga diri
Seperti kuli diperlekeh setiap hari
Sudah tiada lagikah sifat pertahankan diri?

Apakah aku dikalangan mereka-mereka bodoh yang ketawa suka hati tanpa peduli saudara-saudaraku yang disembelih mati di kala ini?

Masya Allah
Astaghfirullahalazim
PadaMu ya Rabb ku mohon bersihkan hati ini.

Sudah bersediakah kita nanti
Di soal bertubi-tubi
Di saat selepas kita menempuh mati
Di akhirat nanti?



Afie.