Sunday, November 27, 2011

Dah lama tak post dekat Blogger ni. Busy. Pasal kolej, pasal study, pasal class pasal macam-macam lagi. Semester akhir ni jugaklah first time aku rasa tak nak sangat-sangat balik Pilah tu. Before ni aku boleh endure lagi. Tapi sekarang susah sangat. Makin matang makin banyak masalah yang timbul.

Mungkin ini cuma ujian dan dugaan untuk aku mematangkan diri dan belajar menjadi yang lebih baik. Aku faham setiap perkara ada hikmahnya tersendiri. Tapi kadang-kadang aku nak tau hikmah disebalik semua kesulitan ni supaya aku tabah harungi semua cubaan ni.

Ya Allah, andai Kau dengar aku, Kau jadikanlah aku insan yang tabah, lebih tabah dari hari-hari sebelumnya. Jadikanlah aku insan yang dikasihi dan disenangi walau di mana ceruk dan pelusuk dunia aku pergi. Aku tau ini cuma dugaan semata-mata dan akanku cuba untuk teruskan perjuangan.

Amin.