Friday, October 13, 2017

Hello, selamat malam. Hihi. Sekarang ni dah pukul 11.30PM. Tapi still rasa nak post sebab nya lama sangat dah bersarang blog ni. Okay, hari ni aku nak ajar satu benda. Sebab aku dah ada experience, so aku ingat nak share supaya dapat kongsi kebaikan bersama. Okay, kongsi apa tu? Boleh teruskan membaca di bawah :)

Cara Lengkap untuk Beli Produk Apple Online Melalui Apple Education Store

Okay, aku baru je beli produk Apple online. Kenapa nak beli online? Sebab dapat diskaun untuk pelajar. Jimat, serious jimat! Tapi jangan risau, berdasarkan pengalaman aku, korang tak payah bagi apa-apa bukti yang menunjukkan yang korang ni students. So, faham-faham lah ye. Hehe. Okay, so first thing first apa yang korang kena buat?

1) Google search Apple Education Malaysia dan korang tekan link yang ada kursor mouse dekat situ ya. Refer gambar bawah ni:



Lepas tu nanti akan ada keluar website macam gambar bawah ni. Pastikan korang nampak ada label Education Store Home! Itu tandanya korang masuk website yang betul. Refer balik gambar bawah ni ya:


Kalau agak-agak still ragu-ragu kan, tekan je link ni ---> Apple Education Store Malaysia

2) Next, pilih produk apa yang korang berkenan. Macam aku dulu, aku beli Macbook Air je. Mac yang paling murah yang korang boleh dapat. Kalau beli online ni, harga kurang dalam RM230. Tapi haritu aku upgrade storage. Harga asal RM4,999. Tapi kalau harga student kau boleh dapat RM4,769. Maksudnya situ je kau dah jimat RM230 jugak. Okay lah kan siapa nak bagi harga murah dari biasa ni kan. Boleh dapat latest model lagi tu. 

3) Okay lepas dah pilih produk mana yang kau berkenan, boleh tekan button select tu. 


Dah tekan select tu, nanti akan keluar page macam dekat bawah ni. Lepas tu kau boleh customize ikut citarasa dan bajet masing-masing sama ada nak upgrade processor ke storage ke, takde masalah. Lepas tu dah boleh tekan button Add to Bag sebelah harga Mac tu. Refer gambar bawah:


Lepas tu nanti tekan Review Bag button eh. Lepas tu boleh proceed to next step.

4) Bila dah tekan Review Bag tu nanti korang akan dapat page macam bawah ni. Lepas tu tekan Check Out button eh. Tapi jangan lupa check balik details produk yang korang nak beli tu. Double check balik takut salah beli nangis kang. Refer gambar bawah:


5) Dah tekan Check Out button tu, nanti korang kena sign in to Apple ID korang. Kalau kau memang pakai iPhone ke iPod ke iPad ke kan ada Apple ID kan. Sign in je pakai account yang sama. Kalau yang takde, boleh lah create account baru. Account tu nanti kau akan pakai untuk apa-apa urusan pasal Apple ni. Nanti korang kena isi details macam nama, nombor telefon, alamat, semua lah. Info pasal payment pun letak jugak. Kalau macam aku, payment aku pakai Debit card Maybank. Nanti pilih option Visa ye. Kalau ada apa-apa musykil, situ ada online chat. So kalau korang tengah nak beli tapi pening-pening tu kau boleh je chat dengan dia. Nanti dia tolong. Jangan risau, customer service Apple memang terbaik!


Okay, kau kena beri perhatian pasal info-info dekat bawah ni. Maybe boleh bantu kalau ada yang tak faham lagi.

a) Beli online dekat Apple Store memang secure, tak perlu risau. Sebenarnya Apple dah lama dah ada online ni cuma mungkin kita rakyat Malaysia ni kurang pendedahan pasal ni. Jadi sebab tu kot rasa macam tak yakin? Jangan risau, aku adalah bukti bahawa beli online dekat website Apple ni selamat. Hihi.

b) Kalau barang dah sampai, tapi ada problem macam mana? Haa, ni pun tak perlu takut tak perlu risau. Korang just contact je Apple balik. Nanti dia akan check & kalau rosak ke apa, Apple sendiri akan ganti dengan yang baru. Free of charge, korang akan dapat yang baru. Goyang kaki je, senang.

c) Macam mana nak tau payment kita okay ke tak? Okay ni aku fokus pada Maybank ye sebab aku pun guna Maybank2U. Benda paling penting kau kena buat ialah tukar limit payment kau. Nak buat pergi je website M2U, situ boleh tukar. Okay, lepas korang dah buat payment, nanti Maybank akan bagi message pada kau inform yang duit kau dah tolak ke Apple Pte Ltd. So maksudnya payment lancar. Lepas few days Apple dah proses order kau, kau akan dapat email. Dalam email tu nanti dia bagi invoice related dengan purchase kau.

d) Berapa masa agaknya barang nak sampai ke rumah? Okay, berdasarkan pengalaman aku beli dulu tak lama pun. Aku order & buat payment Jumaat petang. Dah settle Apple process order aku tu, nanti ada email pasal shipment. Biasanya diorang pakai courier DHL atau UPS. Aku hari tu UPS yang handle. Kau boleh monitor barang kau tu dekat mana & bila sampai semua sebab Apple ada bagi tracking nombor sekali. Macam aku dulu, aku order hari Jumaat, Selasa pagi next week tu UPS dah sampai hantar dekat rumah. So kejap gila! Tak perlu risau :)

e) Apa perlu buat kalau kau takde rumah masa courier datang? Biasanya courier akan call kau. Sama ada kau ada ke tak, dia akan confirm kan balik dengan kau bila nak arrange untuk second pickup. Aku hari tu takde dekat rumah, so aku inform aku nak datang self pickup dekat office UPS sendiri petang tu jugak. Dah tak sabarlah katakan. Haha.

Apa lagi eh? Hmmm. Aku rasa tu je kot yang penting. Kalau ada lain-lain nanti aku akan update. Tapi jangan risau, memang senang beli online ni. Kau tak payah susah-susah keluar rumah, barang tu yang akan datang ke kita. Sebab utama aku beli online tu pun sebab nak dapatkan harga diskaun tu lah. Tapi memang rasa berbaloi sangat. Hehe.

So aku harap entry aku kali ni dapat membantu siapa-siapa yang sebelum ni memang nak try beli online tapi musykil atau takut sebab takde reference kan. So kau boleh refer post aku ni as guideline. Happy shopping, kawan-kawan! :)