Monday, April 22, 2013

Assalamualaikum.

Lama sangat rasanya tak update blog ni. Maaf blog kesayangan. Terlalu sibuk itu dan ini. Tapi! Berita baik. Cuti mid-sem aku dah bermula. Sebenarnya taklah cuti sangat. Cuti ni rasanya bila dah dicampur tolak bahagi darab kuasa dua, tiga, empat dan sebagainya, rasanya cuti aku yang sebenar cuma berjumlah 4 hari, so and so. Yeap, sedih. Tapi itulah realitinya.

Walaupun cuti, aku tak lepas dengan pelbagai tanggungjawab. Tanggungjawab tugasan kuliah, nota yang dari dulu konon nak sentuh, tetap tak tersentuh, tanggungjawab dirumah bagaikan berlumba-lumba jugak nak sibuk tambah beban ni. 

Tapi apa-apa pun, aku bersyukur dapat cuti. Dapat tengok muka mak ayah kakak angah dan kucing kesayangan. Itu semua penawar ketegangan otak dan ketenangan hati ni. Alhamdulillah.

Aku ada azam baru. Azam yang aku 'rotate' saban semester, malah saban tahun. Aku nak belajar bersungguh-sungguh. Untuk mak ayah dan adik-beradik. Hadiah untuk mereka. Insya Allah.