Thursday, April 12, 2012

Assalamualaikum and good morning to each and everyone of you.

3 years since our last visit to Mak Long's graveyard. It's long, it's really long, though. Even hujan, kitorang gagahkan diri jugak pergi sana. Mak cakap dah lama sangat mak tak tengok kubur arwah Mak Long. So kitorang pergi jugak dalam hujan tu. Lepas subuh terus gerak.

Sampai-sampai sana, lepas park kereta and keluarkan barang dari bonet, pergi ke kubur, mata mak dah berair, dah menitis air mata. Aku sedih tengok mak macam tu, nak pujuk tapi tak tau macam mana. End up aku biarkan je mak reda sendiri. At times aku rasa macam loser biarkan mak macam tu, tapi serious aku tak tau macam mana nak handle bab-bab macam ni.

Yassin kitorang baca, kemas-kemaskan kubur, siram air Yassin, sapu sikit kubur Mak Long. Mak pandang batu nisan arwah. Mak tanya aku ingat lagi tak macam mana Mak Long meninggal. Aku ingat, tak boleh lupa. Kitorang datang melawat Mak Long masa tu, tak berjawab. Rupa-rupanya Mak Long tengah nazak dekat dalam. Mak cakap, Mak Long betul-betul meninggal waktu Acheh kena Tsunami dulu. Mak Long tunggu kitorang datang, baru Mak Long pergi. Kuasa Allah, lepas je kitorang masuk rumah Mak Long, dalam setengah jam macam tu Mak Long hembuskan nafas dia yang terakhir.

Tak sangka, balik petang tu dapat berita dari BBM, member-member hantar yang Acheh kena Tsunami lagi. Padahal pagi tadi mak baru sebut pasal tu. Kuasa Allah, kan? Bala Allah turunkan dekat kita supaya kita lebih ingat dekat Dia, buka untuk kita lebih benci Dia.

Solat jangan lupa kawan-kawan. Kita dah sampai akhir zaman.

Assalamualaikum.