Saturday, August 6, 2011

Assalamualaikum. Semalam aku selamat sampai di rumah. Dalam pukul 1 atau 2 lebih macam tu dah sampai rumah. Sampai lambat sikit sebab bei barang untuk masak buka nanti. Balik-balik je aku terus tidur. Penat tu, tak payah cakaplah. Aku rasa macam nak melayang je nyawa masa tu.

Petang tu tolong kakak masak juadah untuk berbuka nanti. Semalam banyak jugak kitorang masak. Total sekali ada Terung masak sambal cili padi, tahu sumbat ayam, kerang masak rendang dan ayah bawak balik bubur lambuk dari Kampung Baru. Mana dia dapat pun aku tak tau, TAPI SEDAP! :p Kakak buat honey dew juice semalam. SEDAP JUGAK! Mak pulak buat cincau ais. Kembung perut sku minum air. Buah-buahan yang ada ialah betik, jagung dan strawberries. Tapi yang peliknya semalam, aku tak sentuh nasi pun. Dah kenyang makan lauk. Kalau hari-hari macam ni, agak-agak boleh kurus tak? :p

Lepas tu pergi terawikh dekat surau depan rumah ni. Surau dah cantik. Dinding batu di tukar jadi dinding kaca. Air-cond pun dah ada dekat tempat jemaah lelaki dan perempuan. Aku solat pun rasa nyaman je. Hehe. Tapi aku puji surau ni sebab ramai jemaah lelaki yang turun. Semalam masa angkat takbir, bergema suara orang. Aku dah rasa macam nak pergi berperang je masa tu. Meremang bulu tengkuk aku.

Hari ni, aku nak start buat assignment pulak. Waktu makan yang takde masa puasa ni, bolehlah aku isi dengan buat assignments. Huhu. Ok, bye, Assalamualaikum.