Thursday, July 14, 2011

Tiba-tiba hari ni rasa macam dah end of semester pulak. Semalam Tasha dengan Tira dah balik ke pangkuan keluarga masing-masing. Tadi, Lale dengan Syida pulak dah gerak balik. Kejap lagi, Ant pulak balik. Tinggallah aku sorang-sorang dekat sini. Padahal bapak aku ambik petang ni jugak. Saja buat drama. Maaf :p

Mak pergi KK. Untunglah mak. Tapi bagus juga. Aku rasa mak macam dah stressed out lately pasal kerja dia. Bagus jugak dia spent time untuk dia seorang je. Atleast boleh tenangkan fikiran kan? Mak balik nanti bawak ole-ole eh. Hehe.

Aku lapar, nak turun makan sorang-sorang rasa macam orang bodoh pulak. Selalunya dengan dorang semua aku makan. Terasa sunyi pulak tiba-tiba. Tapi lapar!!! Terpaksalah gerak turun bawah sorang-sorang :'(

Sekarang dah masuk tengah hari. Baju-baju aku belum kemas lagi -. .- Kalau lambat turun kesian pulak ayah kena tunggu dekat bawah. Aku nak kemas barang dululah.

Toodles~