Thursday, July 7, 2011

Aku baru nak buka page kawan aku yang lama aku tak nampak semester ni. Buka punya buka, tiba-tiba aku tengok, dia dah delete aku dari friends' list dia. Aku tertanya-tanya. Kenapakah? Aku ada buat salah kah? Sedangkan baru beberapa hari yang lepas dia kirimkan salamnya pada kawan aku kepada aku.

Kawan, aku tau segala cerita pasal kau. Dari A kepada Z. Mungkin bagi kau sekelumit je yang aku tau, tapi itu dah memadai bagi aku. Aku tak pernah cari hal dengan kau. Kau yang mulakannya dulu. Kau cari pasal dengan kawan-kawan baik kau, housemates kau sendiri. Kau tipu mereka. Kalau mereka tak cerita, aku takkan tau pasal ni.

Tapi, biarlah adil kawan. Aku tak pernah buat jahat dekat kau pun. Bila jumpa, aku senyum, dan tegur kau kan? Kenapa jadi macam ni sekarang? Takpe, aku tak kisah. Aku dah blok kau. Kalau itu yang kau nak. Supaya kita tidak berhubung lagi.

Akhir kata, ubahlah perangai kau tu kawan. Tak semua orang kau boleh tipu. Lambat laun, rahsia kau akan diungkit satu-persatu. Berubahlah sementara masih ada waktu.