Thursday, May 19, 2011

"Carutan Untuk Minah Bertudung Urban"

Assalamualaikum. Korang nampak kan link di atas? Apa kata korang rajin2 kan diri baca sejenak entry tu. Dan terpulang pada individu sendiri untuk menghukum.

Pertama-tama sekali, aku rasa point si gadis ni ada betulnya. Dia ingin membetulkan masalah sekarang ni, yang kebanyakan wanita tidak menutup aurat dengan betul. Tapi bila di baca2 balik, aku rasa itu aja point dia yang bernas. Yang lain hanyalah ayat dan kata-kata untuk melemahkan si pemakai tudung.

Dalam Islam, memang benar aurat wanita adalah keseluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Itu termasuk jugalah dengan bahagian dada mereka. Tapi kebanyakan wanita sekarang tidak sedar akan itu, dada dijadikan tantapan umum. Di situ, aku akui bahawa point si gadis ni betul.

Tapi!!!

Teguran biarlah berpada-pada. Tidak salah menegur, cuma gunakanlah ayat yang sesuai. Ayat yang menujukkan kau adalah seorang Melayu dan juga seorang Islam. Tidak manis sesama Islam mengutuk saudaranya sendiri. Bukan itu yang di ajar oleh Nabi kita.

'Ok le tew...ko pakai tudung pun bukan tutup aurat, tapi tutup rambut. Welcome to the club...ko pakai pun kena laknat...sama jewwww...see you in hell.. yeah... <--oh aku ckp camni sebab aku tau dah mesti ada yg nak ckp aku penghuni neraka nye...so aku ckp siap2 la kita jmpe di sana okek..'

Aku cukup tertarik dengan ayat berani di atas, yang si gadis sendiri tulis di blognya itu. Cara si gadis menulis seakan-akan dia tak takut langsung dengan seksaan neraka. Awak ingat pergi neraka tu, macam pergi PLKN ye? Sebab belum merasa pedih seksaan, sebab tu berani cakap mcam ni.

Apa salahnya mendoakan mereka yang telah tersalah tu dengan perkara yang baik-baik? Takkan semua nak masuk neraka, macam mana pula dengan syurga? Apa pula perasaan Nabi kita?

Aku tahu, aku juga bukan sempurna. Oleh itu, entry ini juga bertujuan untuk muhasabah diri aku sendiri selain untuk membuka mata orang-orang sekeliling.

Bertaubatlah banyak-banyak, si gadis. Bukan begini caranya menegur orang. Cara awak bercakap pun seakan-akan tiada takutnya dosa pahala. Sudah bersediakah anda masuk ke neraka?

Fikir-fikirlah sendiri.

No comments:

Post a Comment