Saturday, April 30, 2011

Aku tau ada suara-suara di luar sana yang tak berapa senang aku tulis blog ini menggunakan Bahasa Inggeris.
Ada jugak yang cakap "Menggelabah pakai orang putih"

TAPI!

Jangan salah faham dulu.
Niat aku menggunakan bahasa asing ni adalah kerana aku nak memperbaiki lagi penggunaan aku dalam bahasa ni.
Tak salah rasanya aku mempraktikkan begini.
Bagi aku, blog adalah medium untuk aku tulis apa yang aku rasa patut.
Disebabkan seharian aku gunakan bahasa Ibunda, jadi biarlah aku gunakan bahasa asing di sini.
Tak salahkan?

Lagi satu, aku akan sering gunakan bahasa baku dan bukannya bahasa seharian rakyat melayu
FAHAM KAN MAKSUD AKU?
Nanti ada pula suara-suara sumbing lain yg cakap aku ni noob!
Timbul lagi satu isu lain.
Susah jadi orang ni kan?

Jangan salah faham lagi.
Entry ni bukan bertujuan mengutuk siapa-siapa.
Aku cuma luahkan apa yang terpendam di dada.
Entry ini juga tiada kaitan dengan kenalan rapat aku.
Mahupun yang sering berada di sekeliling aku.
Cuma suara-suara kurang enak yang aku dengar dari 'stalkers'

Sekali lagi, maaf di pohon.
Aku cuma manusia biasa.

No comments:

Post a Comment