Sunday, December 12, 2010

Kenapa?

Aku banyak buat silap. Terutama sekali bila berhadapan dengan mak. Terlalu banyak dosa yang aku buat terhadapnya.

Kadang-kadang aku tertanya, kenapa aku sukar meluahkan kata-kata maaf dihadapannya walaupun hati ingin sekali mengucapnya.

Kenapa aku sukar melafazkan kata-kata maaf walaupun hati rasa sangat bersalah terhadapnya.

Setelah aku meninggikan suara dan ingkar terhadap suruhannya, kenapa aku rasa malu untuk mengucapkanny?

Kenapa?

Aku berharap aku diberi kekuatan untuk meluahkan segalanya terhadap ibuku yang paling kucinta. Biar dia tahu, aku sebenarnya ingin memohon maaf akan setiap kesalahanku padanya. Biar dia tahu betapa aku mengambil berat akan perasaannya.