Tuesday, December 21, 2010

Ingat Lagi Tak?

Siapa-siapa yang lahir tahun 87-92 mesti ingat games yang aku akan cakap ni kan? Korang ingat lagi tak games konda-kondi, ronders, baling tin atau baling selipar, guli, gasing, layang-layang, congkak dan macam-macam lagi lah. Ingat lagi tak? Sure ingat lagi kan? Kalau korang anak melayu sejati mesti ingat punyalah.

Kenangan masa budak-budak dulu paling best bagi aku. Tak kira bila, pagi, tengah hari, petang dan malam mesti ada je budak-budak dekat kawasan perumahan aku ajak main. Lagi-lagi lepas balik dari megaji, sure main kejar-kejar punyalah. Walaupun dah tengah-tengah malam. Selagi parents tak bising suruh balik selagi tulah kitorang main sampai lebam. Lepas tu, esoknya susah nak bangun pergi sekolah. Haha.

Kalau waktu boleh diputarkan semula, aku akan pilih masa aku budak-budak. Seronok, tak ada masalah. Tapi malangnya, budak-budak sekarang macam dah tak tau nak hargai khazanah macam ni. Malah, aku tak pernah pun tengok ada budak sekarang yang main gasing ke apa. Dorang lebih suka surf internet, chit chat dan main handphone je. Manalah budak-budak sekarang ni tak perangai macam hantu kan? Banyak yang dorang tau kalau surf internet. Korang faham-fahamlah kan.

Hmmmmm.