Wednesday, December 29, 2010

Beberapa hari sebelum ni, mak aku sibuk suruh tengok jadual untuk semester depan. Since aku ni malas nak tengok ( sebab malas nak start study) , aku biarkan je dulu. Tapi setelah di paksa, aku terpaksalah tengok jugak malam tadi.

Bila dah bukak je, mak suruh take note semua cuti. Aku pun tulis lah dekat mana-mana. Mak aku cakap, nanti jangan buat intersesi ke apa. "Mak ada plan cuti semester depan." Aku pun macam :O

Aku : Mak, nanti nak pergi mana sampai sibuk suruh tengok cuti ni?
Mak : Adalah. Kau check je. Mak ada plan nanti.
Aku : Alah, pergi mana.
Mak : Nanti kau tahulah.

*setelah dipujuk beberapa kali*

Mak : Kita pergi _________ lah semester depan. Mak dah plan elok2. Insya allah.
Aku : Serius?! YEAHH!!!! :D

Nak pergi mana tu, aku rasa buat sementara waktu ni biar kami satu family jelah yg tau. Nanti dah nak pergi kang, aku inform lah. Alah, macam tak biasa kan? Haha. Harap-haraplah plan ni on. Nak pergi!!!!