Sunday, January 31, 2010

Isyhk!


Tengok la beliau. Sangat selesa tidur atas katil kakak aku. Ni yang buat mak aku kencing manis ni. Kalau mak aku nampak,mesti terbakar hati dia. Nasib kau tak tidur atas katil mak.
Kucing ni nama dia Adie. Dulu masa baby dia tidur dekat bilik aku,dalam kotak. Dah besar sikit,tidur dekat luar,dalam sangkar. Dah jadi remaja,lepaskan,tidur bawah kereta. Bila dah dewasa,berani dia tidur atas katil. Cett!
Adie ni umur dia baru 2 tahun. Tapi dah macam atuk2 dah aku tengok muka dia. Muka je ganas,tapi hati taman bunga. Selalu kalah dengan kucing 'keling' hujung rumah. Balik je luka2. Dah la tak suka mandi. Mana tak busuk bulu kau.
Dia ni suka curi makanan dari pinggan mak aku. Bila dengar mak aku bising2 dekat dapur tu maknanya ikan pari masak asam pedas dia tu dah kena curi la. Adie ni pakar jugak mencuri. Sampai mak aku tertipu dengan muka sedih dia. HAHAH! Adie...Adie...